'Segala penulisan di dalam blog ini adalah dari pandangan penulis sendiri. Segala pandangan adalah di galakkan tetapi bukan kritikan.'

Saturday, December 26, 2015

THE MOON THAT EMBRACES THE SUN


Drama ni bertemakan historical yang berkisarkan tentang cinta antara bakal raja dan juga anak kepada pembesar istana. Kiranya pada zaman sekarang ni macam anak menteri lah. Ramai yang cakap drama ni sedih, bagi aku drama ni sangat sangat menyakitkan hati aku. Kenapa aku cakap macam tu?

Sebab.. watak 'crown prince' tu langsung tak menarik hati aku. Aku lebih tertarik pada watak prince yang myung. Dari pandangan aku, watak Price Yang Myung lebih menyedihkan. Kasih sayang yang ditunjukkan kepada 'crown prince' sangat suci even dia kurang disayangi oleh ayahnya sendiri iaitu raja pada masa tu. Ada banyak scene Prince Yang Myung bagi aku menyetuh perasaan.

First, bile raja(ayahnya) menolak permintaan dia untuk berkahwin dengan Yeon Woo disebabkan Lee Hwon(crown prince) juga suka pada Yeon Woo. Time ni aku benci raja tu. Raja yang tak adil, macam mana nak perintah negara. Dalam drama ni Lee Hwon akan dapat apa yang dia nak. Berbeza dengan Prince Yang Myung. (hate this)

Second, bile saat Prince Yang Myung cuba menanamkan kebencian kepada Lee Hwon. Tapi tak berjaya sebab perasaan sayang kepada adiknya tu(terlalu baik. dia patut jadi watak utama). Then die decide untuk buang perasaan die dekat Yeon Woo.

Third, scene die jumpa Yeon Woo before die nak travel. Time tu die cakap die sanggup tinggalkan tittle 'prince' dan kemewahan sebagai anak raja tu kalau Yeon Woo sanggup pergi dengan die. Like seriously.. compare dengan Lee Hwon, apa yang die buat untuk Yeon Woo. Just crying like a baby. Sanggup ke tinggalkan tittle crown prince. Apa? Bertanggungjawab pada negara sebagai pewaris takhta? puiii...

Fourth, part die minum arak dengan Lee h\Hwon(time dewasa). Die dengan Lee Hwon bertaruh untuk pujuk kawan die minum sekali. Kawan die refuse bile die pujuk but then terus minum bile Lee Hwon suruh minum. Dah kau gunakan word 'an order' tu memang la kawan die tu minum. salah guna kuasa, sakit hati betul. yaaaaaaaa.... (dekat sini nampak yang apa yang lee hwon tu nak, semua die dapat.)

Fifth, time die jumpa mak die dekat tokong. Die mintak mak die cakap suruh die pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan tentang orang lain for once. FOR ONCE!!.. sebab die tak pernah pentingkan diri sendiri. My gosh..

Sixth, scene yang die nak mati. Die mati sebab tolong Lee Hwon fight dengan orang yang nak rampas takhta. Then time die nak mati die mintak die akan dilahirkan sebagai anak ayahnya balik untuk kelahiran akan datang but sebagai orang kebanyakan bukan keluarga diraja. So he can shows a big smile in front of his father.

Aku rasa watak Prince Yang Myung patut jadi watak utama dalam drama ni. Prince Yang Myung terlalu baik. Cinta die lebih suci berbanding Lee Hwon. Ataupun.. tolong buat watak prince yang myung jadi jahat.

Selain watak Prince Yang Myung, storyline yang spoilkan mood aku adalah kisah cinta Seol(hamba Yeon Woo). Seol cintakan abang Yeon Woo.. Last sekali die mati sebab nak selamatkan abang Yeon Woo. Aku rasa macam dia mati sia-sia. Pengarah patut hargai watak Seol. Abang Yeon Woo sepatutnya membalas cinta Seol. Even Seol mati dan kisah diorang bukan happy ending. But kalau pengarah buat abang Yeon Woo pun cintakan Seol, storyline akan jadi lebih dramatik. heishh...

Ini adalah dari sudut pemikiran aku sendiri. Segala pandangan adalah digalakkan tetapi bukan kritikan.